Saturday 26 November 2011

Berita yg menggemparkan!

Semalam,dayana,member saya & 2 org kakak senior pergi jalan-jalan ke Melaka.
satu hari berjalan & hanya dapat tidur beberapa jam sahaja.ingatkan overnight kat dlm kereta tapi kat masjid.Alhamdullilah tiada apa2 yg berlaku kat kita org ni.lebih kurang pukul 8 or 8 lbh camtu la kita org sampai kampus.Balik je dr Melaka terus tidur coz tak dpt tidur secukupnya.
Tepat pukul 1.45 Dayana dpt panggilan drpd mama & mengatakan ibu telah meninggal dunia!
terkedu &tersentap rasanya apabila dikhabarkan dgn berita itu.Dayana tak sangka hari ahad(20.11.2011) adalah hari terakhir dayana jumpa ibu.Dayana sedih kerana tidak dpt balik kerana mereka ingat saya ada kelas esok.Mama telefon td ckp 'along tak yah balik sebab kak long dah nak sampai rumah &along sedekahkan Al-Fatihah & bacaan yassin.Nanti kalau masa buat kenduri along balik nanti kak long ambil'.Sedih yg teramat sgt kerana tak dpt balik.Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya balik naik bas sekarang tp mama kata tak perlu sebab risau keselamatan anaknya ini kalau balik sorang2....
Ini kali ke-2 dayana diberitahu pasal kematian org yg amat dayana sayangi.
kali pertama semasa dayana masuk form 1...beberapa bln selepas itu mak(nenek) meninggal dunia.Tetapi dayana sempat cium dahi jenazah tetapi kali ini,Dayana tak dpt mencium dahi ibu.Walaupun ibu adalah mak sedara dayana tp kita org dah mcm ibu & anak.sebab itu kita org panggil dia ibu.Kalau darjah 6,Dayana ada mama,mak & ibu...tapi sekarang hanya tinggal mama sahaja.mereka 3 org ialah org yg sgt dayana sayangi kerana mereka telah byk memberi nasihat & dorongan kpd saya sampai saya belajar di kampus ini.Sedih kerana saya menangis seorang diri tanpa ada org di sisi...telalu cepat rasanya masa berlalu,seperti baru semalam dayana minum & makan makanan yg disediakan oleh ibu sebelum bertolak ke kampus after subuh prayer.Perasaan terkejut ini masih tak hilang lg sebab Dayana terima panggilan slps bangun tidur,dan tak sedar org dah telefon dan msj byk kali utk bg tahu hal ini.Dayana dah tak sanggup nak tulis byk2 kerana semakin byk dayana tulis semakin tak tertahan rasanya air mata ini mengalir tanpa saya sedari.Salam

Al-Fatihah kpd arwah ibu,semoga roh ibu di tempatkan dgn org2 yg beriman...
InsyaAllah amin....
   
                                                

No comments:

Post a Comment