Thursday 3 November 2011

Salam aidil adha

hari ini macam-macam hal terjadi dalam 1 hari,inilah yg dikatakan realiti hidup...huhu
emm...tetapi bukan itu yang aku nak ceritakan...haha...
sebenarnya  vampiresss(aku & adik2) menunggu untuk melihat orang sembelih lembu...
memang syokkk apatah lagi dengan suasana kampung yg sangat meriah apabila ada je event tak kisahlah kecil ataupun besar memang sronok...
biasanya selepas orang solat vampiresss ni akan memecut dengan motosikalnya terus menuju ke tempat kejadian(tempat peyembelihan lembu2) hehe...dengar2 6 ekor lembu yg akan ditumbangkan..pehhh memang gempak la kampungku(Sedili Besar),promote kampung nampak..haha....
hari ini juga aku menunggu result exam pertamaku dengan penuh tawakal kepada Allah..walaupun aku tahu keputusan yang aku akan dapat ini tidaklah begitu gempak nanti(rase down).aku akan terus mencuba dan tidak akan berhenti untuk mencuba kerana itu yg aku pelajari dalam hidupku selama 3,4 tahun yg lepas.itu yang menjadikan aku kuat walaupun sbenarnya aku insan yang lemah(eh2 knapa tetibe je touching ni)..haha
walaupun sem ni aku tak dapat nak amek lesen motor kerana masa tidak cukup..aku harap dapat amek lesen tu next sem coz aku tak nak lagi bawa moto tanpa lesen wuaaa(macam tak bese je bawa motor tanpa lesen)haha...
aku juga ada beberapa impian yang tak tercapai lagi iaitu nak mahir main gitar(wuaaa~~~)
selama ni gitar ni dijadikan salah satu gadjet kesayangan aku untuk diambil gambar(konon cam pandai r main gitar aw amek gambar ngan gitar)haha...
tadi mama aku suapkan aku makan nasi dah lama mama tak suapkan aku sejak aku masuk u..terharu sangat...tapi aku memang suka kalau makan mama suapkan tak kisahlah kalau orang nak kata aku macam budak kecik tapi aku tetap budak kecik dimata mama & papa so ade aku kisah org nak ckp emhh mmg tak de lah..haha..blog ni jugak tidak dikelola oleh aku sorang coz ada vampiresss yg lain akan menulis kat sini huhu..
ok for u all minta maaf aw ada tersilap kata atau bahasa(walaupun bukan hari raya aidilfitri) coz aku suka minta maaf kerana kita tak sedar kekadang kita ada kecikan hati orang...kerana aku sedar aku ni suka wat kacau kat orang tapi niat aku baik untuk menghiburkan orang & aku tak suka melihat org bersedih atau bermasam muka(w/pun kekadang tu kelu juga lidah nak berkata2 ataupun wat lawak)  betul ke???
apa pon selamat menyambut hari raya korban & menyembelih lembu...yeahhhh!!!

No comments:

Post a Comment